kita sebenarnya.....

• Kita sebenarnya…lebih gembira menyambut 1 Jan daripada 1 Muharram
• Kita sebenarnya…lebih tahu apa itu 14 Feb daripada 12 Rabiulawal
• Kita sebenarnya…lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
• Kita sebenarnya…lebih khusyuk mendengar lagu daripada ayat Al-Quran
• Kita sebenarnya…lebih suka melepak, menonton telivisyen daripada bersolat
• Kita sebenarnya…lebih lebih mengenal artis daripada Nabi-Nabi
• Kita sebenarnya…lebih suka menyanyi daripada berwirid dan bertahmid
• Kita sebenarnya…lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri
• Kita sebenarnya…lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
• Kita sebenarnya…lebih suka konsert daripada ceramah agama
• Kita sebenarnya…lebih cinta dan utamakan urusan dunia daripada akhirat
Tetapi bila orang tanya ke mana akhirnya kita, kita pasti akan
menjawab, KITA SEBENARYA …lebih suka memasuki syurga Allah daripada
neraka. Layakkah kita memasuki syurga milik Allah SWT jika begini sikap
kita?
TAHUKAH ANDA …Dalam setiap empat orang didunia, seorang
dari mereka adalah beragama Islam dan merupakan agama kedua terbesar
didunia. Tapi kenapa umat Islam kini dilihat sangat lemah? Sebabnya
diakhir zaman ini umat Islam terlalu cintakan dunia, takut kepada mati
dan tidak beramal serta berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar,
dengan sebab itu umat Islam telah ditimpa kehinaan serta tidak ditakuti
musuh. Justeru itu, marilah kita meningkatkan kefahaman Islam dalam diri
dan keluarga kita serta beramal dengannya dengan menjadikannya sebagai
satu cara hidup. Ingatlah “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu
ke dalam Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikut tipudaya
syaitan, kerana syaitan adalah musuh kamu yang amat nyata”.(Al Baqarah,
Ayat 208)
No comments:
Post a Comment